Jurnal Online

lihat situs sponsor
 
Kamis, 2 Oktober 2014  
 
halaman sebelumnya »  

Jurnal Fisika Himpunan Fisika Indonesia
http://situs.jurnal.lipi.go.id/jfhfi/   -   http://jf.hfi.fisika.net

PEMETAAN KUALITAS AIR DI LUAR MUARA SUNGAI MUDA, MALAYSIA DENGAN MENGGUNAKAN CITRA DIGITAL DARI UDARA

H.S. Lim1, K. Abdullah1, M. Z. MatJafri1, Z. B. Din2 dan M. N. A. Bakar1

1Pusat Pengajian Sains Fizik, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia
2Pusat Kajian Samudra dan Pantai, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Abstrak
Percubaan dibuat untuk menguji kegunaan citra digital daripada kamera digital untuk pemetaan taburan ketumpatan bahan terampai (TSS) di luar muara sungai Muda, Malaysia. Citra yang digunakan merupakan citra udara yang beresolusi tinggi yang diambil dari kapal terbang pada ketinggian 8000 kaki (~2.4 km). Selain itu, beberapa sampel air diambil serentak dengan masa pengambilan citra. Sampel air yang diambil kemudian dianalisis dalam laboratorium untuk menentukan kadar kandungan TSS. Citra berwarna diasingkan kepada tiga jalur iaitu jalur merah, hijau dan biru. Pembetulan geometri dilakukan ke atas citra tersebut. Nomor digital bagi setiap jalur ditentukan pada lokasi sampel air untuk kalibrasi algoritma. Algoritma kuadratik ini menunjukkan nilai koefisien korelasi (R) yang tinggi serta nilai ralat punca kuasa dua min (RMS) yang rendah. Algoritma ini digunakan untuk melakarkan peta taburan bahan terampai. Perbandingan kuantitatif antara peta yang dilakarkan menggunakan algoritma dan data rujukan menunjukkan keputusan yang munasabah. Ini menunjukkan bahawa kamera digital berpotensi digunakan sebagai peranti untuk membekalkan data yang berguna bagi penderiaan jauh untuk kajian pencemaran air.

Publikasi : Jurnal Fisika HFI Suplemen Prosiding A5 (2002) 0525 » halaman Daftar Isi
» kirim ke teman
» versi cetak
» permintaan versi cetak
Naskah lengkap : lisensi tertutup dalam format PDF (permintaan versi cetak)
Kontak : penulis
Keterangan lain : 4 hal., bahasa Indonesia » diakses 19.433 kali

  Dikelola oleh PDII LIPI Hak Cipta © 2000-2014 LIPI